Orang Melayu merupakan penduduk majoriti atau hampir 60 peratus penduduk negara ini. Didalam keadaan apa sekali pun kuasa politik negara mesti diterajui oleh kumpulan majoriti bagi mempastikan kesetabilan dan keselamatan negara. Negara Fiji pernah mengalami keadaan yang huru hara apabila kumpulan pribumi yang merupakan majoriti penduduk dinegara Fiji hampir kehilangan kuasa apabila mereka berpecah dan akhirnya kumpulan etnik India hampir memperolehi kuasa untuk membentuk Kerajaan.
Pilehanraya ke 13 sudah hampir dan mungkin diadakan lebih cepat dari tarikh matangnya. Bagi menjamin kesetabilan politik dan keselamatan Negara, sewajarnya semua pihak samada dari pihak pembangkang dan juga Kerajaan mencari jalan supaya perpaduan orang Melayu di pertahankan supaya orang Melayu tidak kehilangan kuasa untuk membentuk Kerajaan. Sekiranya orang Melayu berpecah kepada tiga puak dalam PAS, UMNO dan PKR maka orang Melayu akan kehilangan kuasa untuk membentuk Kerajaan. Sekiranya ini berlaku maka dikhuatirkan berlaku keadaan yang tidak stabil yang boleh membawa kepada kemerosotan ekonomi dan akhirnya kemiskinan. Kestabilan saperti yang ada sekarang harus dipertahankan oleh kerana orang Melayu hanya boleh memperbaiki taraf hidup mereka melalui pelbagai program pembangunan Kerajaan.
No comments:
Post a Comment